Sunday, December 15, 2013

PENYEBAB SAKIT KEPALA BAHAGIAN BELAKANG

PENYEBAB SAKIT KEPALA BAHAGIAN BELAKANG



            Penyebab sakit kepala bahagian belakang sering kali disebabkab oleh kesan sakit kepala pada bahagian hadapan. Sakit kepala ini boleh menyerang siapa dan bila masa sahaja. Sakit kepala atau cephalagia merupakan rasa sakit pada bahagian kepala kerana ketika ini nociceptor di kepala merespon rasa sakit. Sakit kepala boleh dikategorikan kepala sakit kepala primer dan sakit kepala sekunder.


            Ketegangan boleh menyebabkan sakit kepala. Penyebab sakit kepala bahagian belakang terjadi ketika otot-otot yang terletak pada leher terasa begitu sakit. Hal ini adalah kerana anda berada dalam keadaan stres. Seseorang yang sedang mengalaminya akan berasa tidak selesa. Ketegangan otot ini adalah disebabkan oleh faktor kurang tidur atau istirehat, stres, kecemasan, sakit gigi, kelelahan dan postur tubuh yang tidak betul. Sakit kepala ini biasanya dialami pada bahagian leher, bahagian belakang kepala dan kepala.


            Sakit kepala campuran yang meliputi migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Biasanya ianya terjadi kerana perubahan hormon, faktor pemakanan, lingkungan dan stres. Migrain berlaku disebabkan oleh perubahan pada pembuluh darah otak dan juga disebabkan oleh faktor keturunan. Migrain biasanya terjadi hanya pada satu bahagian otak dan agak teruk sehingga berjam-jam bahkan boleh sakit berhari-hari.


            Sakit kepala sekunder yang disebabkan oleh masalah leher. Hal ini diklasifikasikan menjadi sakit kepala myogenic yang terjadi ketika otot-otot leher menjadi tegang. Postur tubuh yang tidak betul, stres atau kelainan pada tulang belakang leher boleh menjadi faktor penyebab sakit kepala pada bahagian belakang. Sakit kepala vertebrogenic pula terjadi apabila sendi tulang belakang pada leher mengalami disfungsional.


            Arteritis temporal merujuk kepada peradangan pada arteri besar yang muncul kerana respon imunisasi. Masalah ini boleh dikenal pasti melalui petanda masalah penglihatan, sakit kepala, sakit pada sebelah kepada atau belakang kepala, sakit otot, sakit rahang dan sebagainya.


            Sakit kepala sinus merujuk kepada rasa sakit pada tulang pipi, dahi atau hidung. Kebiasaannya, sinus disertai dengan gerakan kepala yang tiba-tiba. Kemunculan sinus biasanya muncul bersama rasa sakit di bahagian hidung, rasa penuh di telinga, demam dan muka mula membengkak.


            Perubahan hormon biasanya merupakan sakit kepala berat yang terjadi pada bahagian sebelah kepala sahaja. Umumnya sakit kepala ini dirasakan lebih sakit daripada sakit kepala yang disebabkan ketegangan. Individu yang menghidapi sakit ini biasanya dialami oleh wanita yang tiga kali lebih banyak berbanding lelaki.


            Aroma yang terlalu kuat juga boleh menjadi penyebab. Ada individu yang akan berasa pening gara-gara aroma wangian. Aroma bau yang kuat dan wangi boleh menyebabkan kepala berasa pening. Pakar mengandaikan bahawa wangian yang mempunyai aroma yang kuat akan merangsang sistem saraf. Selain aroma atau bau wangian, bau cat, bunga dan debu juga boleh menyebabkan kepala berdenyut.


            Terlalu kerap berolahraga juga boleh menjadi penyebabnya selain melakukan hubungan seks. Kegiatan fizikal yang berlebihan boleh membuatkan pembuluh darah di kepala dan leher membengkak dan tertekan. Sakit kepala jenis ini mudah menyerang individu penghidap migrain. Bukan sahaja berolahraga mengeluarkan peluh yang biasa menyebabkan tekanan pada otot leher dan kepala. Postur tubuh yang tidak betul juga boleh menimbulkan sakit kepala. Antara postur tubuh yang boleh menjadi penyebab ialah duduk dengan posisi bahu yang membongkok ke hadapan, duduk tanpa menyandar, mengadap monitor computer dengan posisi yang terlalu tinggi atau rendah serta mengepit telefon di bahu ketika berbual.


            Perut kosong gara-gara tidak sempat bersarapan kerap menjadi penyebab sakit kepala bagi sesetengah individu. Selain berasa pening, perut kosong juga membuatkan gula dalam darah menurun dan menyebabkan individu yang mengalaminya sesak nafas. Ambillah sarapan pada pagi hari dengan gizi seimbang dan hindari makanan yang manis ketika perut kosong. Hal ini keran pengambilan makanan yang manis boleh membuatkan gula dalam darah meninggi dan kemudiannya menurun dengan lebih rendah lagi.


            Merokok termasuk dalam penyebab sakit kepala bahagian belakang. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada individu yang merokok, tetappi turut menyerang perokok pasif disekitarnya. Kandungan nikotin dalam rokok akan menyebabkan pembuluh darah ke otak menyempit dan seterusnya mengakibatkan aliran darah ke otak berkurang.


            Alergik atau alahan pada makanan juga menjadi faktor sakit kepada. Alahan sering disertai dengan gangguan penghadaman, mual, muntah, sensitif pada kulit, hidung berair dan sakit kerongkong. Kemunculannya adalah disebabkan oleh makanan tertentu. Makanan yang boleh menyebabkan migrain ialah coklat, ikan laut, durian, mangga dan keju. Selain itu, kafein juga menyebabkan sakit kepala. Aiskrim pencetus sakit kepala  kerana boleh menyebabkan ketegangan urat kerana keadaanya yang sejuk. Gangguan aliran darah ini boleh mengakibatkan pembengkakan pembuluh darah. Namun, meminum air sejuk yang lain tidak akan menyebabkan masalah ini.


            Sakit kepala kerana serangan balik. Sakit jenis ini terjadi kerana seseorang terlalu banyak mengambil ubat sakit kepala. Sakit ini tisak akan berhenti sehingalah individu tersebut berhenti memakan ubat saki kepala yang sering diambilnya. Kekerapan pengambilan ubat sakit kepala boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

1 comment:

  1. KING CASINO, LLC GIVES A $100 FREE BET
    KING https://deccasino.com/review/merit-casino/ CASINO, LLC GIVES A $100 FREE BET to try. Visit us today and receive a $100 FREE BET! Sign https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ up https://septcasino.com/review/merit-casino/ at our 토토 사이트 코드 new site! herzamanindir.com/

    ReplyDelete