PENYEBAB SAKIT KEPALA
BAHAGIAN BELAKANG
Penyebab sakit kepala bahagian
belakang sering kali disebabkab oleh kesan sakit kepala pada bahagian hadapan.
Sakit kepala ini boleh menyerang siapa dan bila masa sahaja. Sakit kepala atau cephalagia merupakan rasa sakit pada
bahagian kepala kerana ketika ini nociceptor
di kepala merespon rasa sakit. Sakit kepala boleh dikategorikan kepala sakit
kepala primer dan sakit kepala sekunder.
Ketegangan boleh menyebabkan sakit
kepala. Penyebab sakit kepala bahagian belakang terjadi ketika otot-otot yang
terletak pada leher terasa begitu sakit. Hal ini adalah kerana anda berada
dalam keadaan stres. Seseorang yang sedang mengalaminya akan berasa tidak
selesa. Ketegangan otot ini adalah disebabkan oleh faktor kurang tidur atau
istirehat, stres, kecemasan, sakit gigi, kelelahan dan postur tubuh yang tidak
betul. Sakit kepala ini biasanya dialami pada bahagian leher, bahagian belakang
kepala dan kepala.
Sakit kepala campuran yang meliputi
migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Biasanya ianya terjadi kerana
perubahan hormon, faktor pemakanan, lingkungan dan stres. Migrain berlaku
disebabkan oleh perubahan pada pembuluh darah otak dan juga disebabkan oleh
faktor keturunan. Migrain biasanya terjadi hanya pada satu bahagian otak dan
agak teruk sehingga berjam-jam bahkan boleh sakit berhari-hari.
Sakit kepala sekunder yang
disebabkan oleh masalah leher. Hal ini diklasifikasikan menjadi sakit kepala
myogenic yang terjadi ketika otot-otot leher menjadi tegang. Postur tubuh yang
tidak betul, stres atau kelainan pada tulang belakang leher boleh menjadi
faktor penyebab sakit kepala pada bahagian belakang. Sakit kepala vertebrogenic
pula terjadi apabila sendi tulang belakang pada leher mengalami disfungsional.
Arteritis temporal merujuk kepada
peradangan pada arteri besar yang muncul kerana respon imunisasi. Masalah ini
boleh dikenal pasti melalui petanda masalah penglihatan, sakit kepala, sakit
pada sebelah kepada atau belakang kepala, sakit otot, sakit rahang dan
sebagainya.
Sakit kepala sinus merujuk kepada
rasa sakit pada tulang pipi, dahi atau hidung. Kebiasaannya, sinus disertai
dengan gerakan kepala yang tiba-tiba. Kemunculan sinus biasanya muncul bersama
rasa sakit di bahagian hidung, rasa penuh di telinga, demam dan muka mula
membengkak.
Perubahan hormon biasanya merupakan
sakit kepala berat yang terjadi pada bahagian sebelah kepala sahaja. Umumnya
sakit kepala ini dirasakan lebih sakit daripada sakit kepala yang disebabkan
ketegangan. Individu yang menghidapi sakit ini biasanya dialami oleh wanita
yang tiga kali lebih banyak berbanding lelaki.
Aroma yang terlalu kuat juga boleh
menjadi penyebab. Ada individu yang akan berasa pening gara-gara aroma wangian.
Aroma bau yang kuat dan wangi boleh menyebabkan kepala berasa pening. Pakar
mengandaikan bahawa wangian yang mempunyai aroma yang kuat akan merangsang
sistem saraf. Selain aroma atau bau wangian, bau cat, bunga dan debu juga boleh
menyebabkan kepala berdenyut.
Terlalu kerap berolahraga juga boleh
menjadi penyebabnya selain melakukan hubungan seks. Kegiatan fizikal yang
berlebihan boleh membuatkan pembuluh darah di kepala dan leher membengkak dan
tertekan. Sakit kepala jenis ini mudah menyerang individu penghidap migrain.
Bukan sahaja berolahraga mengeluarkan peluh yang biasa menyebabkan tekanan pada
otot leher dan kepala. Postur tubuh yang tidak betul juga boleh menimbulkan
sakit kepala. Antara postur tubuh yang boleh menjadi penyebab ialah duduk
dengan posisi bahu yang membongkok ke hadapan, duduk tanpa menyandar, mengadap
monitor computer dengan posisi yang terlalu tinggi atau rendah serta mengepit
telefon di bahu ketika berbual.
Perut kosong gara-gara tidak sempat
bersarapan kerap menjadi penyebab sakit kepala bagi sesetengah individu. Selain
berasa pening, perut kosong juga membuatkan gula dalam darah menurun dan
menyebabkan individu yang mengalaminya sesak nafas. Ambillah sarapan pada pagi
hari dengan gizi seimbang dan hindari makanan yang manis ketika perut kosong.
Hal ini keran pengambilan makanan yang manis boleh membuatkan gula dalam darah
meninggi dan kemudiannya menurun dengan lebih rendah lagi.
Merokok termasuk dalam penyebab
sakit kepala bahagian belakang. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada individu yang merokok,
tetappi turut menyerang perokok pasif disekitarnya. Kandungan nikotin dalam
rokok akan menyebabkan pembuluh darah ke otak menyempit dan seterusnya
mengakibatkan aliran darah ke otak berkurang.
Alergik atau alahan pada makanan
juga menjadi faktor sakit kepada. Alahan sering disertai dengan gangguan penghadaman,
mual, muntah, sensitif pada kulit, hidung berair dan sakit kerongkong.
Kemunculannya adalah disebabkan oleh makanan tertentu. Makanan yang boleh
menyebabkan migrain ialah coklat, ikan laut, durian, mangga dan keju. Selain
itu, kafein juga menyebabkan sakit kepala. Aiskrim pencetus sakit kepala kerana boleh menyebabkan ketegangan urat
kerana keadaanya yang sejuk. Gangguan aliran darah ini boleh mengakibatkan
pembengkakan pembuluh darah. Namun, meminum air sejuk yang lain tidak akan
menyebabkan masalah ini.
Sakit kepala kerana serangan balik.
Sakit jenis ini terjadi kerana seseorang terlalu banyak mengambil ubat sakit
kepala. Sakit ini tisak akan berhenti sehingalah individu tersebut berhenti
memakan ubat saki kepala yang sering diambilnya. Kekerapan pengambilan ubat
sakit kepala boleh merosakkan buah pinggang dan hati.
KING CASINO, LLC GIVES A $100 FREE BET
ReplyDeleteKING https://deccasino.com/review/merit-casino/ CASINO, LLC GIVES A $100 FREE BET to try. Visit us today and receive a $100 FREE BET! Sign https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ up https://septcasino.com/review/merit-casino/ at our 토토 사이트 코드 new site! herzamanindir.com/